logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 08 Disember, 2017

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 08 Disember, 2017

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 08 Disember, 2017

Semua sasaran yang kami ramalkan dalam analisis semalam telah dicapai. Pasangan mata wang ini berjaya menembusi rintangan utama terdahulu yang terletak pada tahap 151.70, yang kini perlu menawarkan sokongan untuk pasangan mata wang. Kedua-dua Moving Average (MA) 20 dan 50 sedang menuju ke arah atas, tanpa menunjukkan sebarang isyarat pembalikan harga. Selain itu, indeks kekuatan relatif adalah menaik dan mendorong harga untuk membuat kenaikkan yang baru.

Kesimpulannya, selagi harga tidak menembusi tahap 151.70, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kenaikkan harga baru ke tahap 154 dan 154.55.

Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan dengan ramalan, kedudukan menjual dicadangkan di bawah tahap 151.70 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 151.10Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 151.70, Take Profit: 154.00

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Tahap Rintangan: 154.00, 154.55, dan 155

Tahap Sokongan: 151.10, 150.60, dan 150

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan