
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang USD/CHF tidak menyaksikan sebarang pergerakan harga yang ketara pada semalam. Tiada perubahan dalam gambaran teknikal kami. Pasaran kekal cenderung terhadap aliran menaik dalam dagangan jangka pendek menguji tahap 1.0037 atau lebih tinggi. Pasangan mata wang USD/CHF dilihat meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 0.9806. Minggu lalu, pasangan mata wang ini meningkat dari tahap 0.9806 ke bahagian atas di sekitar tahap 0.9921 (pangsi). Hari ini, paras rintangan pertama didapati terletak pada tahap 0.9972, dan diikuti oleh 1.0037, manakala sokongan harian 1 berada pada tahap 0.9886. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang USD/CHF ini masih bergerak di antara tahap 0.9886 dan 1.0037; untuk itu, kami menjangkakan julat dagangan 150 pips. Sekiranya pasangan mata wang USD/CHF ini gagal menembusi tahap sokongan 0.9886, pasaran berkemungkinan besar akan meneruskan kenaikkan ke tahap 0.9972. Ini akan mencadangkan pasaran kenaikan harga sebagaimana indikator RSI masih berada di kawasan positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda aliran pembalikan harga. Pasangan mata wang ini berpotensi untuk melonjak naik lebih tinggi sekurang-kurangnya ke tahap 1.0037 dengan mensasarkan untuk menguji bahagian 'double top'. Secara ringkasnya, sokongan utama dilihat terletak pada harga 0.9806. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mngambil pesanan membeli di atas tahap 0.9806 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 0.9921 dan 1.0037. Sebaliknya, jika peenmbusan harga berlaku pada tahap sokongan 0.9800, senario ini akan menjadi tidak sah atau terbatal.
