
Semua sasaran menaik yang kami ramalkan dalam analisis semalam telah dicapai. Walaupun terdapat penarikan semula harga pada baru-baru ini dari tahap 0.7030 (tahap tinggi 13 Disember), pasangan mata wang ini dilihat masih diniagakan di atas sokongan utama pada tahap 0.6975. Meskipun kesinambungan kenaikkan harga tidak berlaku, namun pergerakkan harga harus dihadkan.
Oleh itu, selagi harga tidak menembusi tahap 0.6975, adalah dinasihatkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati dengan sasaran menaik pada tahap 0.7050 dan 0.7075.
Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Tahap Rintangan: 0.7050, 0.7075, dan 0.7105
Tahap Sokongan: 0.6945, 0.6920, dan 0.6885
