logo

FX.co ★ Pelan Perdagangan EUR/USD dan Indeks Dolar AS untuk 20 Disember, 2017

Pelan Perdagangan EUR/USD dan Indeks Dolar AS untuk 20 Disember, 2017

Pelan Perdagangan EUR/USD dan Indeks Dolar AS untuk 20 Disember, 2017

Tinjauan Teknikal:

Pasangan mata wang EUR/USD akhirnya dilihat bersedia untuk diniagakan lebih rendah ke gelombang 3 pada gelombang (3) seperti yang dilabelkan di sini. Pasangan mata wang ini telah mengambil masa untuk menghasilkan gelombang mendatar 2 berhampiran tahap 1.1840/50 pada hari ini. Harga juga dilihat mensasarkan pergerakkan ke arah rintangan fibonacci 0.618, masing-masing terletak di antara tahap 1.1950/60 dan 1.1720 (tidak ditunjukkan di sini). Sekiranya perkiraan gelombang di atas adalah benar, maka harga berkemungkinan besar akan meneruskan dagangan dalam aliran menurun dari tahap ini sehingga mencecah sekurang-kurangnya ke tahap 1.1550. Harga juga harus berada di bawah tahap 1.1950/60 untuk bergerak lebih rendah. Sebaliknya, kenaikan harga melalui tahap 1.1950 akan menunjukkan bahawa pasangan mata wang bersedia untuk membuat lonjakan menaik di atas tahap 1.2092 sebelum ia diterbalikkan. Kesimpulannya, kami akan kekal menjual sehingga harga kekal diniagakan di bawah tahap 1.1960.

Pelan Perdagangan:

Sila kekal menjual, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 1.1960 sementara sasaran pada tahap 1.1550 dan lebih rendah.

Persediaan carta Indeks Dolar AS:

Pelan Perdagangan EUR/USD dan Indeks Dolar AS untuk 20 Disember, 2017

Tinjauan Teknikal:

Indeks Dolar AS dilihat bersedia untuk meningkat ke tahap 94.00 pada bila-bila masa. Jika kita melihat pada struktur gelombang, indeks telah membentuk gelombang mendatar 2, dalam gelombang (3) yang lebih tinggi. Kami juga mendapati bahawa terdapat sokongan pada penumpuan fiboancci 0.618, rali di antara tahap 92.60 dan 94.20, dan rintangan yang terdaluhu kini telah bertukar menjadi tahap sokongan. Sekiranya perkiraaan gelombang ini benar, harga dijangkakan akan kekal diniagakan di atas tahap 92.50 dan lebih tinggi. Indeks dolar AS berkemungkinan besar akan mencapai tahap 95.00 dan lebih tinggi. Hanya penembusan harga di bawah tahap 92.50 akan melambatkan kesinambungan aliran menaik dan mencadangkan tahap rendah di bawah tahap 91.00 sebelum harga menyaksikan kenaikkan semula.

Pelan Perdagangan:

Para pedagang disyorkan untuk kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop loss di bawah tahap 92.50, sementara sasaran masing-masing pada tahap 95.00 dan 98.00

Tinjauan fundamental:

Ucapan Gabenor Bank of England, Mark Carney dijadualkan akan berlangsung 30 minit dari sekarang.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan