EUR/USD: Isyarat kenaikan harga pada pasangan mata wang EUR/USD telah menjadi lebih kuat. EMA 11 berada di atas EMA 56, dan tempoh Julat Williams% 20 berada di sekitar kawasan terlebih beli, yang menunjukkan momentum kenaikan harga yang kuat di pasaran. Pergerakan kenaikan harga yang jauh adalah satu kemungkinan yang jelas.

USD/CHF: Instrumen dagangan mata wang ini telah menunjukkan pengukuhan pada minggu ini. Terdapat tahap rintangan yang hebat pada tahap 1.0000, dan kenaikan harga yang tidak boleh menolak harga di atas tahap rintangan. Ini bererti bahawa apabila penembusan harga berlaku, kemungkinan besar akan berlaku penurunan harga.

GBP/USD: Pasaran ini mengukuh dengan lebih baik, dan tiada pergerakan harga yang berterusan, pada masa kini. Terdapat sempadan yang boleh dilihat di kawasan pengedaran pada tahap 1.3450 dan kawasan pengumpulan pada tahap 1.3300. Di samping itu, beberapa data asas dijangkakan hari ini dan mereka boleh memberi impak ke atas pasaran.

USD/JPY: Sama seperti pasangan mata wang EUR/JPY,pasangan mata wang USD/JPY turut memberi isyarat kenaikkan harga, walaubagaimanapun,pergerakan harga tidak setinggi pasangan mata wang EUR/JPY. Terdapat juga Pola Pengesahan kenaikan harga di pasaran (EMA 11 berada di atas EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di atas tahap 50). Sasaran seterusnya ialah tahap bekalan pada 113.50 dan 114.00.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY telah memperoleh pergerakan harga sehingga kira-kira 230 pip minggu ini. Pergerakan kenaikan harga yang kuat ini telah mencipta Corak Pengesahan kenaikan harga yang kukuh di pasaran, dan terdapat banyak ruang untuk harga bergerak ke arah yang lebih tinggi. Kini harga berada di atas zon permintaan pada 134.50 dan ia tidak lama lagi akan mencapai zon bekalan pada 135.00 dan 135.50.

