EUR/USD: Masih terdapat kecenderungan kenaikan harga pada pasangan mata wang EUR/USD, meskipun telah menyaksikan penarikan semula harga semasa. Penarikan semula harga ini tidak sepatutnya berada di bawah garis sokongan pada tahap 1.1750 (jika tidak, kecenderungan pasaran akan beralih kepada aliran menurun). Penarikan semula harga ini mungkin menawarkan peluang untuk para pedagang mengambil pesanan membeli dengan harga yang lebih baik.

USD/CHF: Instrumen dagangan mata wang ini telah diniagakan mendatar selama beberapa hari (tanpa pergerakan arah yang jelas). Terdapat tahap rintangan yang kua pada 1.0000, dan kenaikkan harga yang tidak menentu ini berkemungkinan akan menolak harga untuk diniagakan di atas tahap rintangan. Ini menandakan bahawa apabila berlakunya penembusan harga, pasangan mata wang ini cenderung untuk diniagakan dalam aliran menurun.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD ini telah menyaksikan pengukuhan harga sehingga minggu ini. Semakin banyak pengukuhan harga yang berlaku, semakin besar penembusan harga yang akan berlaku. Terdapat wilayah pengedaran pada tahap 1.3500 dan wilayah pengumpulan pada 1.3250. Setiap wilayah ini akan ditembusi apabila penembusan harga berlaku.

USD/JPY: Isyarat kenaikan harga telah dinyatakan pada instrumen dagangan mata wang ini. Terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan Harga di dalam pasaran (EMA 11 berada di atas EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di atas tahap 50). Sasaran seterusnya ialah tahap bekalan pada 113.50 dan 114.00.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini menyaksikan kenaikkan harga yang ketara pada minggu ini, menembusi zon harga pada tahap 134.50 dan kemudiannya jatuh lebih rendah. Pembetulan penurunan harga berkemungkinan akan menawarkan peluang kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli.

