logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 22 Disember, 2017

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 22 Disember, 2017

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 22 Disember, 2017

Sasaran menaik yang kami ramalkan dalam analisis terdahulu telah dicapai. Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan meneruskan pergerakan menaik. Harga kini berada pada tahap tinggi 113.63 yang telah dilihat semalam (21 Disember) dan dihadkan oleh Moving Average (MA) 20. Walau bagaimanapun, harga tidak menembusi tahap sokongan utama pada 113.20. Walaupun indeks kekuatan relatif belum pulih pada tahap neutral 50, harga telah diniagakan lemah di atas garis aliran menurun, menunjukkan kekurangan momentum dalam aliran menurun. Selagi sokongan utama yang terletak pada tahap 112.80 kekal mengukuh, harga berkemungkinan besar akan diniagakan semula ke tahap 113.65 untuk aliran menaik.

Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan dengan ramalan, kedudukan menjual dicadangkan di bawah tahap 112.80 dengan sasaran diletakkan pada tahap 112.50.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 112.80, Take Profit: 113.65

Tahap Rintangan: 113.65, 113.85 dan 114.10

Tahap Sokongan: 112.50, 112.30, dan 112.00

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan