
Gambaran Keseluruhan:
Dolar New Zealand (NZ) masih diniagakan di antara tahap rintangan dan sokongan 0.7034 dan 0.6927. Pasangan mata wang NZD/USD ini diniagakan tidak menentu sebagaimana harga dilihat berada dalam saluran yang sempit, pasaran menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan. Di tengah-tengah peristiwa sebelumnya, harga masih bergerak di antara tahap 0.6927 dan 0.7034. Selain itu, rintangan dan sokongan harian dilihat terletak pada tahap 0.6927 dan 0.6872, masing-masing. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk lebih berhati-hati semasa membuat pesanan di kawasan harga ini. Oleh yang demikian, para pedagang disarankan untuk menunggu sehingga saluran mendatar ini berakhir. Minggu lalu, pasaran telah berpindah dari tahap dasar 0.6927 dan terus naik di atas tahap 0.7034. Pada hari ini, berdasarkan kepada carta 1 jam, kenaikan semasa akan kekal dalam rangka pembetulan. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini gagal melepasi tahap 0.7034, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan yang kuat iaitu pada 0.7034. Oleh kerana tidak ada apa yang baru dalam pasaran ini, pasangan mata wang ini dilihat masih belum membuat kenaikkan harga. Pesanan menjual disyorkan di bawah tahap 0.7034 dengan sasaran pertama pada tahap 0.6927. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap sokongan 0.6927, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan bergerak lebih rendah untuk meneruskan pembangunan arah aliran menurun sehingga mencapai ke tahap 0.6872 untuk menguji sokongan harian 2. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa 'double bottom' dilihat berada pada tahap 0.6872.
