
Gambaran Keseluruhan
Harga perak terus diniagakan dalam turun naik corak mendatar. Harga kini dilihat terperangkap di dalam julat dagangan yang sempit, di bawah tahap 16.56. Adalah dimaklumkan bahawa stokastik mula memberikan isyarat pertindihan negatif pada carta harian. Para pedagang disyorkan untuk menunggu sehingga harga meneruskan semula pergerakkan penurunan harga baru-baru ini, yang mensasarkan pergerakkan untuk menguji tahap 15.49, terutamanya. Oleh itu, kami masih mencadangkan aliran penurunan harga dalam dagangan jangka pendek, melainkan jika tahap 16.56 ini ditembusi dan harga mengukuh di atasnya dengan penutupan harian. Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan 15.90 dan rintangan 16.30.
