logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 28 Disember, 2017

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 28 Disember, 2017

EUR/USD: TPasangan mata wang EUR/USD diniagakan kukuh dalam aliran menaik. Harga telah bergerak di atas garis sokongan pada tahap 1.1900 dan harga dijangkakan akan mencapai ke garis rintangan 1.1950. Walau bagaimanapun, tekanan membeli yang kuat diperlukan untuk membolehkan harga menembusi garis rintangan pada tahap 1.1950 dan lebih tinggi lagi, kemudiannya mensasarkan pergerakkan ke arah garis rintangan seterusnya yang terletak pada tahap 1.2000. Ini adalah kemungkinan yang boleh dicapai pada minggu hadapan.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 28 Disember, 2017

USD/CHF: Pasangan mata wang ini telah bergerak rendah dari pengukuhan jangka pendek baru-baru ini. Ini memberikan lebih tekanan terhadap prospek penurunan harga di dalam pasaran, dan tahap sokongan 0.9800 berkemungkinan akan dicapai pada minggu ini, dan bergerak lebih rendah pada minggu hadapan. Harga kini berada di bawah tahap rintangan 0.9850.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 28 Disember, 2017

GBP/USD: Pasangan mata wang ini tidak membuat sebarang perubahan terhadap kecenderungan neutralnya. Oleh itu, harganya dijangkakan akan berayun di antara wilayah pengumpulan pada tahap 1.3250 dan wilayah pengedaran pada tahap 1.3500 dalam beberapa hari dagangan yang berikutnya. Walau bagaimanapun, penembusan harga dijangkakan akan berlaku pada awal Januari. Beberapa laporan ekonomi utama yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini berkemungkinan akan memberikan impak ke atas pasaran.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 28 Disember, 2017

USD/JPY: Instrumen dagangan mata wang ini bergerak lebih rendah, tetapi itu belum cukup kuat untuk mengancam prospek kenaikan harga di dalam pasaran. Apabila tahap permintaan yang terletak pada 117.50 ini ditembusi untuk aliran menurun, kecenderungan di pasaran akan berubah menjadi lemah (dan keadaan ini berkemungkinan akan sehingga akhir tahun).

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 28 Disember, 2017

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini diniagakan dalam aliran menaik - tidak seperti pasangan mata wang USD/JPY - ia mampu mengekalkan momentum menaik. EMA 11 kekal berada di atas EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di atas tahap 50. Ini adalah Pengesahan Kenaikkan Harga. Pasangan mata wang ini diniagakan di atas zon permintaan pada tahap 134.50 dan akan mensasarkan harga ke arah zon bekalan pada tahap 135.00.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 28 Disember, 2017

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan