logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 03 Januari, 2018

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 03 Januari, 2018

EUR/USD: Pasangan mata wang ini diniagakan mendatar pada Isnin selepas mencapai garis rintangan pada tahap 1.2050. Harga berkemungkinan akan diniagakan lebih tinggi pada minggu ini sehingga mencapai tahap rintangan 1.2100. Walau bagaimanapun, tinjauan perdagangan pada pasangan mata wang EUR menurun pada minggu dan bulan ini. Oleh itu, pergerakan penurunan harga diramalkan akan bermula pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 03 Januari, 2018

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF diniagakan kukuh pada 2 Januari dan telah melonjak tinggi pada minggu lepas. Tahap sokongan yang terletak pada 0.9700 dan 0.9650 berkemungkinan akan diuji pada minggu ini, dan ia dijangkakan akan ditembusi pada bulan ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 03 Januari, 2018

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan dalam aliran menaik sebanyak 90 mata semalam selepas menguji wilayah pengagihan pada tahap 1.3600. Sejak Khamis lalu, harga telah melonjak naik sebanyak 220 pips, membawa kepada Corak Pengesahan Kenaikkan Harga di pasaran. Pergerakan kenaikan harga yang selanjutnya diramalkan akan berlaku pada hari ini walaupun terdapat pembetulan penurunan harga yang kuat selepas itu.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 03 Januari, 2018

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY melanjutkan penurunan harga semalam dan kemudian mengukuh dalam konteks aliran menurun sehingga ke penghujung hari. Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga di pasaran, dan harga berkemungkinan besar akan meneruskan pergerakkan penurunan harga. Tahap permintaan yang masing-masing terletak pada 112.00 dan 111.50 berpotensi untuk diuji pada minggu ini. Ia juga mungkin akan ditembusi.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 03 Januari, 2018

EUR/JPY: Terdapat kecenderungan kenaikkan harga pada pasangan mata wang ini - disebabkan oleh stamina pada mata wang euro itu sendiri. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meneruskan dagangan dalam aliran menaik menuju ke arah zon bekalan pada tahap 135.50 (yang sebelum ini telah diuji) dan 136.00. Keadaan ini mungkin akan berlaku sebelum berlakunya penurunan harga yang dijangkakan sama ada pada minggu ini atau minggu yang seterusnya.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 03 Januari, 2018

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan