logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 04 Januari, 2018

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 04 Januari, 2018

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 04 Januari, 2018

Pasangan mata wang USD/JPY kini membalikkan pergerakkan ke arah atas. Pasangan mata wang ini telah menyaksikan lantunan semula harga dan menembusi Moving Average (MA) 20 dan 50. Di samping itu, penembusan kenaikan harga di antara MA 20 dan 50 telah dikenalpasti. Indeks kekuatan relatif memerlukan lonjakan kenaikkan harga yang baru.

Minit mesyuarat terkini mengenai dasar monetari Rizab Persekutuan A.S. pada bulan Disember menunjukkan bahawa para pegawai berbincang untuk mempercepatkan kenaikan kadar faedah. Minit mesyuarat menyebut: "Peserta membincangkan beberapa risiko yang berkemungkinan, jika kenaikkan kadar faedah direalisasikan, adakan akan menimbulkan masalah yang lebih rumit terhadap peningkatan dalam julat sasaran; risiko ini termasuk kemungkinan tekanan inflasi jika output berkembang jauh melampaui batas maksimum yang mampan, mungkin disebabkan oleh rangsangan fiskal atau keadaan pasaran kewangan yang akomodatif. "

Kesimpulannya, selagi harga tidak menembusi tahap 112.35, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kenaikkan harga yang selanjutnya dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 112.80 dan 113.00.

Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan, kedudukan menjual dicadangkan di bawah tahap 112.35 dengan sasaran terletak pada tahap 112.80.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, Stop Loss: 112.35, Take Profit: 112.80

Tahap Rintangan: 112.80, 113.00 dan 113.35

Tahap Sokongan: 112.05, 111.70, dan 111.50

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan