logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 04 Januari, 2018

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 04 Januari, 2018

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 04 Januari, 2018

Gambaran Keseluruhan:

  • Pasangan mata wang NZD/USD tidak membuat sebarang pergerakan harga yang ketara pada semalam. Tiada perubahan dalam gambaran teknikal saya. Pasaran ini kekal cenderung untuk diniagakan dalam aliran menaik dengan ujian harga jangka pendek pada tahap 0.7227 atau lebih tinggi. Kemudian, pasangan mata wang NZD/USD ini diniagakan lebih tinggi di atas kawasan 0.7060 / 0.7080. Semalam, pasangan mata wang ini dilihat telah membuat lonjakan menaik dari tahap 0.7062 menghampiri ke tahap 0.7100. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7160, dan diikuti oleh tahap 0.7227, manakala sokongan harian 1 berada pada tahap 0.7062. Berdasarka kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini masih diniagakan di antara tahap 0.7050 dan 0.7160. Selain itu, jika harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 0.7160, harga berkemungkinan besar akan meneruskan dagangan dalam aliran menaik ke tahap (0.7227) untuk menguji harga. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7100 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7160 untuk menguji rintangan harian 1 dan seterusnya ke tahap 0.7227.
Analisis Teknikal NZD/USD untuk 04 Januari, 2018
  • Juga, adalah penting untuk diingatkan bahawa tahap 0.7227 adalah merupakan lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana ia diramalkan akan membentuk 'double top' baru pada carta 4H. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7062, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.6978 boleh berlaku, yang akan menandakan pasaran penurunan harga. Pada keseluruhannya, kami masih mencari pasaran kenaikan harga yang kuat selagi harga masih ditetapkan di atas tahap 0.7060.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan