Indeks Dolar diniagakan lebih tinggi seperti yang telah dijangkakan pada sebelum ini. Indeks dolar masih dalam aliran menurun selagi harga diniagakan di bawah tahap 93.65, walau bagaimanapun, harga diramalkan akan membuat lonjakan menaik jangka pendek sekurang-kurangnya ke arah tahap 92.60 dan ini telah dinyatakan dalam analisis terdahulu kami. Saya yakin bahawa harga akan bergerak menuju ke tahap rintangan pada minggu ini. Sekiranya ia tidak berlaku pada hari ini.

'Double bottom' yang terletak pada tahap 91.77 berfungsi dengan baik setakat ini. Harga berada di atas penunjuk tenkan dan kijun sen dan sedang menguji rintangan Ichimoku Cloud. Harga sedang menuju ke arah anjakan Fibonacci 38% yang merupakan sasaran jangka pendek saya. Rintangan terletak pada tahap 92.60-92.70 sementara sokongan pada tahap 92.10.

Garis biru - saluran penurunan harga
Carta harian menunjukkan bagaimana harga cuba membuat lantunan semula. Aliran harga kekal menurun sebagaimana Indeks Dolar masih diniagakan dalam saluran menurun dan di bawah cloud harian. Rintangan harian didapati terletak pada tahap 93.50. Manakala sokongan pada tahap 91.70. Saya menjangkakan lantunan harga ini akan diteruskan dan menguji sempadan saluran menaik. Penembusan harga di bawah tahap 92 akan menjadi isyarat penurunan harga sekaligus menandakan kejatuhan harga yang ketara ke tahap 93.
