
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang USD/CHF dilihat telah menembusi tahap rintangan yang kini menjadi sokongan kuat pada tahap 0.9786 semalam. Tahap 0.9786 bertepatan dengan nisbah emas (38.2% Fibonacci), yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Indeks Kekuatan Relatif (RSI) kini dianggap sebagai 'overbought' sebagaimana harga berada di atas paras 70. RSI masih memberikan isyarat kenaikkan harga kerana pasangan mata wang ini masih kukuh di atas Moving Average (100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan membuat lonjakan menaik dalam beberapa jam yang akan datang. Sehubungan itu, pasaran dijangkakan akan menunjukkan isyarat aliran menaik. Dengan kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9810 (pangsi) dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9835. Dari sudut ini, pasangan mata wang ini diramalkan akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.9869 dan seterusnya ke tahap 0.9889. Tahap 0.9889 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat dan 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.9913. Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 0.9756, maka senario ini akan menjadi tidak sah atau terbatal.
