EUR/USD: Pasangan mata wang ini dilihat berusaha membuat percubaan menaik dan menurun pada Rabu. Pasaran diniagakan mendatar tanpa arah pergerakkan yang jelas pada masa ini, walau bagaimanapun pergerakan menaik atau menurun 100 pips masih dijangkakan akan berlaku pada minggu ini. Pergerakan penurunan harga menghasilkan kecenderungan aliran menurun, dan garis sokongan yang terletak pada 1.1950 dan 1.1900 berkemungkinan besar akan diuji.

USD/CHF: Penarikan semula harga yang berlaku pada semalam telah memaksa pasaran kembali ke zon "neutral". Pergerakan harga pada hari dagangan yang berikutnya akan menentukan apa yang bakal berlaku. Pergerakan menaik akan mengukuhkan kecenderungan menaik, sementara pergerakan penurunan harga akan membatalkannya sepenuhnya.

GBP/USD: Instrumen dagangan mata wang ini telah diniagakan mendatar sehingga minggu ini. Adalah lebih baik untuk menjauhkan diri anda dari memasuki pasaran ini sehinggalah terdapat penembusan harga di pasaran - kerana volatiliti pasaran dijangka meningkat dalam beberapa hari dagangan yang berikutnya. Terdapat beberapa laporan ekonomi asas yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini dan ia berkemungkinan akan memberikan impak terhadap pasaran.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY diniagakan lemah dengan penurunan sebanyak 190 pip pada minggu ini, menghasilkan Corak Pengesahan Penurunan Harga yang ketara pada carta 4 jam. Ini adalah selari dengan pergerakan penurunan harga yang dijangkakan pada pasangan JPY. Harga kini diniagakan di bawah tahap penawaran pada 111.50, dan harga berpotensi untuk menembusi tahap permintaan pada 111.00 (bahkan lebih tinggi daripada tahap itu)

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY telah diniagakan dalam aliran menurun sejak awal minggu ini. Harga telah bergerak lebih rendah sebanyak 310 pip. EMA 11 berada di bawah EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di bawah paras 50. Pergerakan arah bawah yang selanjutnya adalah diramalkan, sebagaimana harga mungkin akan turun lebih rendah dan lebih rendah lagi sehingga 200 pips (dalam minggu ini dan seterusnya).

