Indeks Dolar diniagakan melemah susulan pengumuman yang dikeluarkan oleh pegawai China mengenai daya penarik Bon Amerika. Harga telah menembusi di bawah tahap 92.20 dan menguji sokonagn yang terletak pada 91.75. Tahap rendah tidak diuji, dan harga dilihat telah membuat corak harga rendah yang lebih tinggi.

Garis biru - rintangan jangka panjang
Indeks USDX ditolak pada penarikan semula Fibonacci 38% dan harga kini menguji tahap rintangan. Penembusan harga di atas tahap ini akan menjadi isyarat kenaikan harga yang akan menandakan bahawa indeks USDX sedang menuju ke arah tahap 93-93.50. Rintangan untuk aliran dagangan jangka sederhana adalah pada tahap 93.5-94. Penolakan harga yang seterusnya pada tahap 92.60 akan menjadi isyarat penurunan harga.
