logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 11 Januari, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 11 Januari, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 11 Januari, 2018

Gambaran Keseluruhan:

  • Titik pangsi USD/CHF ditetapkan pada tahap 0.9810 dalam carta 1H. Juga, perlu diingatkan bahawa pasangan mata wang USD/CHF ini telah menembusi tahap rintangan yang kini bertukar menjadi sokongan kuat pada 0.9786 dan 9756 semalam. Tahap 0.9786 adalah bertepatan dengan nisbah emas (38.2% Fibonacci), yang dijangkakan akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Indeks Kekuatan Relatif (RSI) dianggap 'overbought' sebagaimana ia kini dilihat berada di atas paras 70. RSI masih memberikan isyarat bahawa harga diniagakan dalam aliran menaik kerana ia masih mengukuh di atas Moving Average (100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan membuat lonjakan menaik dalam beberapa jam yang akan datang. Sehubungan itu, pasaran berkemungkinan besar akan menunjukkan tanda-tanda arah aliran menaik. Dengan erti kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.9756 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9835. Dari sudut ini, pasangan maat wang ini berkemungkian akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.9869 dan seterusnya ke tahap 0.9889. Tahap 0.9889 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat dan 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.9913. Sebaliknya, stop loss harus diletakkan pada tahap 0.9750.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan