
Rumusan Gelombang:
Pasangan mata wang EUR/JPY ini diniagakan seperti yang telah kami ramalkan. Kami kini sedang mencari pembetulan aliran menaik dari tahap 133.09 yang lebih tinggi ke kawasan rintangan di antara tahap 134.82 hingga 135.25 dari mana penurunan harga yang seterusnya harus dilihat di bawah 133.09 dengan sasaran penurunan seterusnya terletak berhampiran pada tahap 131.30.
Bagi gambaran yang lebih besar, kami mendapati bahawa gelombang (D) telah selesai pada tahap 136.67, di bawah sasaran ideal 137.37 dan gelombang (E) sedang membangun untuk aliran menurun dengan tahap 123.43 sebagai sasaran ideal bagi pasangan mata wang EUR/JPY ini.
R3: 135.25
R2: 134.82
R1: 134.40
Pangsi: 133.65
S1: 133.21
S2: 133.09
S3: 132.51
Cadangan Perdagangan:
Pesanan Stop Loss kami yang ditetapkan pada tahap 133.95 telah dicapai untuk keuntungan 80 pips. Kami akan mengambil pesanan menjual EUR sekali lagi pada tahap 134.75.
