EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan sedikit lebih rendah pada Isnin, walau bagaimapun ia tidak ketara jika dibandingkan dengan kecenderungan kenaikkan harga keseluruhan. Pasaran masih bergerak dalam aliran menaik, mencapai garis rintangan pada tahap 1.2250, 1.2300, dan 1.2350. Garis rintangan yang terletak pada tahap 1.2250 telah diuji sebelum ini dan ia akan diuji sekali lagi.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF menyaksikan sedikit lantunan menaik pada Isnin. Walau bagaimanapun, ia tidak mengatasi kecenderungan aliran menurun. Pasaran masih berpotensi untuk diniagakan lebih rendah, mencapai sokongan pada tahap 0.9600, 0.9550, dan 0.9500. Tahap sokongan 0.9600 telah diuji sebelum ini dan ia akan diuji sekali lagi.

GBP/USD: Mata wang GBP membuat sedikit pembetulan penurunan harga pada 25 Januari 2018 (dalam konteks aliran menaik). Pembetulan penurunan harga boleh menjadi peluang yang baik kepada para pedagang untuk membeli pada harga yang lebih tinggi. Pasangan mata wang ini diramalkan meningkat 150 pips sebelum akhir minggu ini.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY diniagakan lebih rendah pada Isnin, selari dengan kecenderungan kenaikkan harga keseluruhan di pasaran. Sebarang kenaikkan di pasaran berkemungkinan akan diikuti dengan pergerakan penurunan harga yang selanjutnya. Tahap permintaan 110.50, 110.00, dan 109.50 berkemungkinan akan dicapai dalam beberapa hari dagangan berikutnya.

EUR/JPY: Terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan harga pada carta 4-jam. Harga telah bergerak ke tahap yang lebih tinggi dan ia sepatutnya melonjak naik sekali lagi, mencapai zon bekalan pada tahap 136.00, 136.50, dan 137.00. Terdapat zon permintaan pada 135.00 dan 134.50, yang akan menghalang percubaan penurunan harga.

