
Baru-baru ini, pasangan mata wang GBP/USD telah diniagakan dalam aliran menurun. Seperti yang saya ramalkan, harga dilihat telah menguji tahap 1.3744. Berdasarkan kepada carta 30M, saya mendapati bahawa terdapat penembusan harga pada saluran menaik 3 hari, yang merupakan petanda bahawa pesanan membeli kelihatan berisiko dan penjual mendominasi pasaran. Saya juga mendapati penembusan harga pada garis aliran menaik dan perbezaan (divergence) yang tersembunyi pada Moving Average oscillator, yang merupakan isyarat lain untuk penurunan harga. Saya mengsyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang menjual yang berpotensi. Saya meletakkan penarikan semula Fibonacci untuk mencari sasaran penurunan harga yang berpotensi. Saya mendapati FR 38.2% terletak pada tahap 1.380, FR 50% pada 1.3640 dan FE 61.8% pada 1.3600.
Tahap Rintangan:
R1: 1.3835
R2: 1.3875
R3: 1.3930
Tahap Sokongan:
S1: 1.3740
S2: 1.3685
S3: 1.3640
Cadangan perdagangan untuk hari ini: Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang menjual yang berpotensi.
