
Gambaran Keseluruhan
Minggu ini, harga emas mencecah paras tinggi 1,344.70. Pada masa ini, emas menunjukkan sedikit kecenderungan penurunan harga dari tahap tersebut. Sila ambil perhatian bahawa stokastik masih memberikan isyarat positif pada carta urusniaga harian, sementara EMA50 dilihat terus membawa harga dari tahap rendah. Oleh yang demikian, kami mengekalkan gambaran keseluruhan kenaikkan harga kami pada urusniaga harian dan dagangan jangka pendek, menunggu harga untuk menguji tahap 1,357.53 sebagai sasaran yang seterusnya. Adalah penting untuk mengingatkan anda bahawa penembusan harga pada tahap ini akan membenarkan emas diniagakan lebih tinggi sehingga mencapai tahap 1,375.00, dan diikuti dengan tahap 1,404.00, sementara penembusan harga di atas tahap 1,321.49 mewakili syarat utama untuk meneruskan kenaikan yang dijangkakan. Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan 1,330.00 dan tahap rintangan 1,357.00.
