EUR/USD: Pasangan mata wang ini telah mengukuh setakat minggu ini, dan mungkin ia kekal seperti itu sehingga akhir minggu ini. Pergerakan harga ke arah kenaikan harga atau pergerakan ke bawah mungkin akan berlaku, tetapi harga perlu menembusi garis rintangan pada tahap 1.2200 atau garis sokongan pada tahap 1.2150. Biasanya, kecenderungan dominan adalah menaik, pergerakan ke arah naik adalah lebih tinggi.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF telah mengukuh untuk minggu ini, setelah pergerakan penurunan harga pada minggu lalu. Pasaran harga cenderung untuk melakukan pergerakan menurun, dan apabila pergerakan harga pulih dalam pasaran, lebih besar kemungkinan ia akan memihak kepada penurunan harga. Beberapa fundamental dijangka akan berlaku pada hari ini dan mungkin akan memberi kesan ke atas pasaran.

GBP/USD: Terdapat Corak Pengesahan kenaikan harga yang besar bagi pasangan mata wang ini. Harga telah membuat beberapa usaha pergerakan kenaikan harga sejak minggu lalu, dan kemungkinan kawasan pengedaran di tahap 1.3850 dan 1.3900, yang telah diuji sebelumnya, akan diuji sekali lagi. Harga akan melepasi kawasan pengedaran.

USD/JPY: Instrumen dagangan ini telah berhdapan dengan lantunan harga ke arah atas dalam konteks arah aliran menurun. Kecuali tahap pembekalan di 112.00 telah ditembusi pada kenaikan harga, lonjakan harga ke arah atas akan berubah menjadi peluang yang baik untuk pesanan jual . Tahap permintaan di 111.00 dan 110.50 masih boleh diuji sebelum akhir minggu ini.

EUR/JPY: Pasaran harga melakukan pergerakan yang tidak menentu pada minggu ini. Walau bagaimanapun, pasaran harga lebih cenderung untuk melakukan pergerakan menaik. EMA 11 berada di atas EMA 56, dan tempoh RSI 14 berada di atas paras 50. Pasaran mungkin dapat mencapai tahap bekalan di 136.00, 136.50, dan 137.00 sebelum akhir minggu ini. Zon bekalan pada tahap 136.00 telah diuji dan ia akan diuji sekali lagi.

