
Gambaran Keseluruhan :
- Pasangan mata wang NZD/USD meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap 0.7258. Semalam, pasangan mata wang ini meningkat dari tahap 0.7258 (tahap 0.9866 adalah bertepatan dengan nisbah 61.8% Penarikan Semula Fibonacci) ke tahap tinggi berhampiran 0.7309. Pada hari ini, sokongan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7258, dan diikuti oleh tahap 0.7236, manakala rintangan harian 1 berada pada tahap 0.7331. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat masih bergerak di antara tahap 0.7258 dan 0.7355; untuk itu kami menjangkakan julat dagangan 97 pips (0.7355 - 0.7258). Merujuk kepada carta satu jam, rintangan segera dilihat terletak pada tahap 0.7331. Pada masa ini, harga sedang bergerak dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh isyarat indikator RSI bahawa kita masih dalam pasaran aliran menaik. Harga masih diniagakan di atas Moving Average (MA)(100). Oleh yang demikian, sekiranya harga menembusi tahap rintangan pertama 0.7331, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan melonjak ke arah rintangan harian kedua pada tahap 0.7355 untuk menguji. Ia juga adalah penting untuk mempertimbangkan di mana untuk meletakkan pesanan stop loss; ini harus ditetapkan di bawah tahap sokongan kedua 0.7214.
