EUR/USD:Pasangan mata wang EUR/USD telah mengukuh sehingga minggu ini, dan ia berkemungkinan akan kekal seperti itu sehingga akhir minggu ini. Pergerakan kenaikkan harga dan penurunan harga adalah berpotensi, tetapi harga perlu menembusi garis rintangan pada tahap 1.2200 atau garis sokongan pada tahap 1.2150. Untuk aliran keseluruhan, bagaimanapun, adalah menurun.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF dilihat bergerak ke arah bawah secara perlahan, dalam konteks aliran menurun. Harga kini berada di bawah paras bekalan pada tahap 0.9600, menuju ke tahap permintaan pada 0.9550. EMA 11 berada di bawah EMA 56, dan Williams'%Range 20 baru saja melewati ke wilayah 'oversold'.

GBP/USD: Terdapat pergerakan kenaikan harga yang ketara pada pasangan mata wang GBP/USD. Sejak Khamis minggu lalu, pasaran telah meningkat kira-kira 390 pip, dan ini kelihatan seperti permulaan, sebagaimana aliran menaik berkemungkinan akan menolak harga untuk diniagakan lebih tinggi. Sasaran seterusnya terletak di wilayah pengedaran pada tahap 1.3950 dan 1.4000.

USD/JPY: Dalam dagangan jangka pendek, pasangan mata wang ini diniagakan tidak menentu, walau bagaimanapun, kecenderungan keseluruhan di pasaran adalah menurun. Tahap permintaan pada 110.50 dan 110.00 masih berpotensi untuk diuji sebelum akhir minggu ini. Sekiranya tekanan jualan meningkat di pasaran, tahap sasaran yang dinyatakan di atas mungkin akan ditembusi.

EUR/JPY: Pasaran ini telah diniagakan tidak menentu pada minggu ini, tetapi harga terus bergerak ke tahap yang lebih tinggi. Memandangkan terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan Harga pada carta 4 jam, pasaran berkemungkinan akan mencapai zon bekalan yang terletak pada tahap 136.50 dan 137.00 sebelum akhir hari ini, atau awal minggu hadapan.

