
Gambaran Keseluruhan
Julat harga yang kecil telah menetapkan momentum untuk perdagangan perak. Logam ini masih diniagakan di sekitar tahap 17.00. Adalah diingatkan bahawa stokastik mula bertindih secara positif pada carta harian. Kami sedang menunggu sehingga momenrum kenaikan harga untuk meneruskan aliran menaik. Sasaran ditetapkan dengan harga menguji tahap 17.43. Oleh itu, kami mengekalkan prospek kenaikkan harga untuk dagangan jangka pendek, dengan syarat harga diniagakan di atas tahap 16.55. Juga penting untuk dinyatakan bahawa penembusan harga pada tahap sasaran akan mendorong harga untuk diniagakan ke arah tahap 18.30 sebagai stesen yang seterusnya. Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan 16.85 dan tahap rintangan 17.30.
