logo

FX.co ★ Analisis Harian Bagi pasangan Mata wang Utama Untuk 29 Januari, 2018

Analisis Harian Bagi pasangan Mata wang Utama Untuk 29 Januari, 2018

EUR/USD: Pasangan mata wang ini memperoleh 250 pips minggu lalu, dan ia telah mendapat 800 pips sejak 18 Januari. Ini adalah salah satu pergerakan terkuat bagi pasangan mata wang EUR/USD untuk kebelakangan ini dan harga akan cuba mencapai garis rintangan pada tahap 1.2450, 1.2500 (yang sebelum ini diuji), dan 1.2550. Walau bagaimanapun, pergerakan harga akan membuat pembalikan arah aliran yang akan berlaku minggu ini atau pada bulan Februari, kerana prospek pada pasangan EUR menurun untuk bulan Februari.

Analisis Harian Bagi pasangan Mata wang Utama Untuk 29 Januari, 2018

USD/CHF: Sejak 2 November 2017, pasangan mata wang USD/CHF telah kehilangan lebih daripada 700 pips; manakala pergerakan penurunan harga yang paling serius dalam beberapa bulan yang lalu berlaku pada Januari 2018. Minggu lepas kami menyaksikan pergerakan penurunan harga yang paling ketara, ketika harga melakukan pergerakan ke bawah sebanyak 300 pips, bagi menguji tahap sokongan pada 0.9300 dan ditutup di bawah tahap rintangan pada 0.9350. Memandangkan prospek pada USD menurun pada minggu ini dan untuk bulan Februari; dan sejak tinjauan pada CHF terang (menaik) untuk bulan Februari, diharapkan pasangan mata wang USD/CHF akan kekal berada di bawah tekanan menurun.

Analisis Harian Bagi pasangan Mata wang Utama Untuk 29 Januari, 2018

GBP/USD: Sejak 11 Januari, Pasangan mata wang gbp melakukan pergerakan ke atas sebanyak 800 pip, mencapai tahap tertinggi 1.4345. Terdapat penarikan semula harga di pasaran pada hari Khamis dan Jumaat, dan ketika harga berada ke atas untuk menguji kawasan pengedaran pada 1.4300 dan 1.4350, harga akan melakukan penarikan semula dengan serius, dimana ia mungkin menandakan permulaan bagi pergerakan menurun. Tinjauan pada pasangan GBP menurun untuk minggu ini dan untuk bulan Februari.

Analisis Harian Bagi pasangan Mata wang Utama Untuk 29 Januari, 2018

USD/JPY: Pasaran harga melakukan pergerakan secara menurun - dengan Corak Pengesahan Penurunan harga dalam carta. Bulan ini, dari paras tertinggi 113.40, pasaran telah melonjak ke bawah sebanyak 500 pip. Tahap permintaan pada 108.50 telah diuji dan harga telah hampir berada di bawahnya,pergerakan harga adalah berterusan ke arah bawah. Selagi USD melemah, harga akan meneruskan pergerakan ke arah bawah.

Analisis Harian Bagi pasangan Mata wang Utama Untuk 29 Januari, 2018

EUR/JPY: Pasaran melakukan pergerakan secara mendatar dimana oscillator di antara zon bekalan pada tahap 136.50 dan zon permintaan pada 135.00 (walaupun harga dapat menembusi zon pasaran pada tahap 135.00 ke bawah). Terdapat kecenderungan neutral di pasaran harga yang mungkin akan berterusan dalam tempoh beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun, apabila berlaku penembusan harga, kemungkinan besar akan lebih baik, kerana prospek pada pasangan JPY adalah menaik untuk Februari.

Analisis Harian Bagi pasangan Mata wang Utama Untuk 29 Januari, 2018

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan