logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 05 Februari, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 05 Februari, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 05 Februari, 2018

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menaik. Pasangan mata wang ini telah menyaksikan lantunan semula harga dan menembusi di atas Moving Average (MA) 20-tahun selepas mencapai MA 50 yang menaik. Indeks kekuatan relatif berada di atas paras neutral pada 50 dan tidak mempunyai momentum penurunan harga.

Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan laporan bahawa ekonomi A.S. menambah sebanyak 200,000 peluang pekerjaan pada bulan Januari, lebih tinggi berbanding ramalan yang mengunjurkan bacaan +177,000. Kadar pengangguran kekal pada 4.1%, terendah sejak tahun 2000, dan purata gaji setiap jam naik sebanyak 2.9% pada tahunan, kadar terpantas untuk tempoh lebih daripada lapan tahun.

Kesimpulannya, selagi tahap 0.9280 berupaya menghalang aliran menurun, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kenaikkan harga baru dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 0.9340 dan 0.9360.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, dengan menetapkan pesanan stop loss pada tahap 0.9280, dan take profit pada tahap 0.9340.

Tahap Rintangan: 0.9340, 0.9360, dan 0.93700

Tahap Sokongan: 0.9255, 0.9230, dan 0.9200.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan