logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 05 Februari, 2018

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 05 Februari, 2018

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 05 Februari, 2018

Kesemua tahap sasaran yang kami ramalkan dalam analisis terdahulu telah berjaya ditembusi. Pasangan mata wang ini masih diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menaik. Pasangan mata wang ini kekal dalam fasa pengukuhan harga yang telah dimulakan pada paras tinggi 110.47 pada Jumaat lepas (2 Februari). Pada masa ini, harga telah melintasi di bawah Moving Average (MA) 20, juga mendapatkan sokongan dari MA 50. Indeks kekuatan relatif telah melepasi paras neutral 50, menunjukkan kemungkinan lanjutan fasa pengukuhan harga. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi aliran menaik apabila fasa pengukuhan harga berakhir, maka adalah diramalkan bahawa harga akan kembali diniagakan ke tahap 110.45 (berhampiran tahap tinggi Jumaat) dan tahap 110.75.

Oleh yang demikian, selagi harga tidak menembusi tahap 109.20, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kesinambungan aliran menaik dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 110.10 dan 110.35.

Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan, kedudukan menjual disyorkan diambil di bawah tahap 109.75 dengan sasaran terletak pada tahap 109.50.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, dengan menetapkan pesanan stop loss pada tahap 109.75, dan take profit pada tahap 110.45.

Tahap Rintangan: 110.45, 110.75, dan 111.00

Tahap Sokongan: 109.50, 109.20, dan 108.75.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan