EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan lemah pada hari Isnin. Pergerakan penurunan harga belum cukup kuat untuk mengatasi prospek kenaikan harga di pasaran. Walau bagaimanapun, apabila harga berada di bawah garis sokongan pada tahap 1.2300, kecenderungan di pasaran akan menjadikan penurunan harga. Tetapi sekarang, kecenderungan di pasaran masih berpihak kepada kenaikkan harga.

USD/CHF: Instrumen dagangan mata wang ini diniagakan mendatar pada 5 Februari. Aliran penurunan harga berjaya kekal mendominasi pasaran setakat ini; dan dengan itu, apabila berlaku penembusan harga, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan beralih kepada aliran menurun. Tahap sokongan yang masing-masing terletak pada 0.9300, 0.9250, dan 0.9200 berpotensi untuk ditembusi pada minggu ini.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini diniagakan dalam aliran menurun pada Isnin dan Selasa, meningkat pada Rabu dan Khamis, dan harga kemudiannya ditarik semula pada Jumaat. Penarikan semula harga ini berkemungkinan besar akan berakhir, membuka peluang kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pada harga yang berpatutan, ketika harga menuju ke wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.4200, 1.4250, dan 1.4300.

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY diniagakan dalam aliran menurun pada Isnin (sama seperti beberapa pasangan JPY yang lain). Penarikan semula harga telah berjaya menindih kenaikkan jangka panjang baru-baru ini di pasaran, memberikan isyarat "menjual". Tahap permintaan pada 108.50 tidak lama lagi akan diuji, dan secara efektif akan menembusi aliran penurunan harga.

EUR/JPY: Penarikan semula harga yang tiba-tiba dan serius yang dialami semalam telah menamatkan prospek penurunan harga semasa pada pasangan mata wang ini. Kini terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga dalam carta 4-jam, yang menunjukkan kemungkinan pasaran akan terus diniagakan dalam aliran menurun. Sasaran yang seterusnya ialah zon permintaan pada tahap 134.00 dan 133.50.

