
Gambaran Keseluruhan:
- Pasangan mata wang NZD/USD.
Kecenderungan pasaran ini kekal berpihak kepada aliran menaik dengan ujian harga pada tahap 0.7437 atau lebih tinggi. Pasangan mata wang NZD/USD ini dilihat sedang melonjak naik dari kawasan 0.7305/0.7202 dalam dagangan jangka panjang. Adalah perlu diingat bahawa sokongan telah ditetapkan pada tahap 0.7305, yang mewakili titik pangsi harian pada carta harian. Harga berkemungkinan besar akan membentuk 'double bottom' pada carta masa yang sama. Pasangan mata wang NZD/USD kini menyatakan tanda-tanda kenaikkan harga susulan daripada penembusan harga pada tahap tertinggi 0.7305. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7202 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7364 untuk menguji rintangan harian 1. Selain itu, RSI masih menyatakan isyarat bahawa harga kini diniagakan dalam aliran menaik sebagaimana pasangan mata wang ini kekal mengukuh di atas Moving Average (MA)(100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berpotensi untuk membuat lonjakan menaik baru dalam beberapa jam yang akan datang. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap 0.7364, maka pasaran akan mendorong harga untuk bergerak ke arah tahap sasaran 0.7437. Tahap 1.4250 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit pada hari ini. Sebaliknya, jika berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap 0.7305 (titik pangsi), maka penurunan harga seterusnya ke tahap 0.7202 boleh berlaku. Ia akan menunjukkan pasaran penurunan harga.
