
Sasaran pertama yang kami ramalkan dalam analisis terdahulu telah dicapai. Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menaik. Pada masa ini, pasangan mata wang ini sedang diniagakan di sekitar Moving Average (MA) 20 yang menaik, yang baru saja melepasi MA 50. Indeks kekuatan relatif telah berjaya untuk kekal berada di atas paras neutral 50, yang menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini kekurangan momentum penurunan harga. Selagi urusniaga harian menaik dikekalkan, pasangan mata wang harus kembali diniagakan pada tahap 109.90.
Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 109.10 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 108.90.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, dnegan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 108.80, dan take profit pada tahap 109.75.
Tahap Rintangan: 109.70, 110.75, dan 111.00
Tahap Sokongan: 108.40, 108.10, dan 107.75.
