Harga emas kini diniagakan dalam aliran menurun jangka pendek sebagaimana ia berada di bawah indikator tenkan dan kijun-sen. Emas kini membentuk corak harga rendah yang lebih rendah dan corak harga tinggi yang lebih rendah dan emas diramalkan akan akan bergerak sehingga mencecah ke tahap $1,300- $ 1,280 sebaik sahaja ia berjaya menembusi di bawah $1,307.

Garis biru - sokongan mendatar
Walaupun terdapat risiko dari sentimen dalam pasaran ekuiti dan kelemahan dolar, emas kelihatan seolah-olah sedang membuat kedudukan penting pada tahap $1,365. Penolakan harga pada tahap rintangan jangka panjang bukan merupakan petanda yang baik. Harga emas telah mengubah garis jangka pendek kepada penurunan harga dan akan terus menurun selagi harga berada di bawah Kumo 4 jam. Rintangan terletak pada tahap $1,338-47. Emas kini diniagakan di sekitar Penarikan Semula Fibonacci 38% pada keseluruhan kenaikkan dari tahap rendah Disember. Kami juga mendapati terdapatnya sokongan mendatar pada tahap $1,307. Sekiranya harga membuat tahap rendah baru, emas berkemungkinan besar akan diniagakan lebih rendah ke arah tahap $1,300- $1,280.

Garis merah - rintangan jangka panjang
Berdasarkan kepada carta mingguan, emas telah ditolak pada garis aliran rintangan dan akan menguji Kijun-sen mingguan pada tahap $1,300. Penutupan mingguan di bawah tahap $1,300 akan membuka jalan untuk harga bergerak ke arah sokongan cloud pada tahap $1,270 dan lebih rendah lagi.
