logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 14 Februari, 2018

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 14 Februari, 2018

EUR/USD: Pasangan mata wang ini telah bergerak menaik sebanyak 140 pip pada minggu ini. Harga kini diniagakan di atas garis sokongan pada tahap 1.2350, dan ia berkemungkinan besar akan menuju ke arah garis rintangan 1.2400. Sekiranya garus rintangan tersebut berjaya ditembusi untuk aliran menaik, harga dijangkakan akan mensasarkan pergerakkan ke arah garis rintangan berikutnya yang terletak pada tahap 1.2450. Kemudian, kecenderungan di pasaran akan berubah kepada kenaikkan harga.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 14 Februari, 2018

USD/CHF: Bagi pasangan mata wang ini, EMA 11 dilihat berada di bawah EMA 56, dan Williams' % Range 20 terletak di sekitar kawasan 'oversold'. Ini telah menghasilkan isyarat "menjual" jangka pendek, yang berpotensi untuk menolak harga ke arah tahap sokongan 0.9300 dan 0.9250. Pasaran kini berada di bawah tahap rintangan 0.9350.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 14 Februari, 2018

GBP/USD: Apa yang berlaku pada pasangan mata wang ini dilihat sebagai percubaan pengukuhan harga dalam konteks aliran menurun. Sekiranya pasaran diniagakan lemah dari tahap ini, kesinambungan penurunan harga semasa akan diteruskan; jika tidak, kecenderungan kenaikkan harga baru akan dibentuk (terutamanya apabila wilayah pengedaran pada tahap 1.4000 dan 1.4050 ini ditembusi untuk aliran menaik).

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 14 Februari, 2018

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini telah menguji tahap permintaan yang terletak pada 107.50 sebanyak beberapa kali, namun harga tidak menembusinya. Tahap permintaan ini akhirnya akan ditembusi ke arah bawah apabila harga diniagakan lebih rendah lagi, disebabkan oleh prospek penurunan harga di pasaran. Sasaran yang seterusnya terletak pada tahap permintaan 107.00 dan 106.50.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 14 Februari, 2018

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY telah meneruskan dagangan dalam aliran menurun. Terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga di pasaran, yang menandakan bahawa harga berkemungkinan besar akan menjunam lebih rendah lagi. Sasaran yang seterusnya didapati terletak pada zon permintaan 132.50, 132.00, dan 131.50. Volatiliti pasaran yang tinggi diramalkan pada minggu ini, yang akan bermula pada bila-bila masa sahaja.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 14 Februari, 2018

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan