Pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih membuat pemulihan harga di atas tahap rendah 9 Februari, dan harga berkemungkinan besar akan menguji SMA 200 pada carta 1H. Sekitar zon harga tersebut, kami menjangkakan bahawa harga akan membuat penarikan semula harga untuk menguji zon sokongan 1.3753. Tahap sokongan ini harus ditembusi bagi membolehkan harga bergerak lebih rendah ke arah tahap 1.3604. Indikator MACD kekal di wilayah neutral, mendorong harga untuk membuat pengukuhan mendatar.

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.3939 / 1.4078
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.3753 / 1.3604
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.3735 take profit pada tahap 1.3604 dan stop loss pada tahap 1.3903.
