
Sasaran penurunan harga pertama yang kami ramalkan dalam analisis semalam telah dicapai, dan harga bergerak ke arah sasaran kedua yang kami jangkakan semalam. Pasangan mayta wang ini terus menembusi Bollinger band yang lebih rendah ketika sedang dihadkan oleh garis arah aliran menurun dari tahap 107.90 (pada hari terakhir, 14 Februari). Tahap Rintangan tambahan dikenakan oleh penurunan moving average 20, yang kekal di bawah 50. Momentum penurunan harga turut dibuktikan oleh indeks kekuatan relatif yang menunjukkan pergerakan yang tidak menentu,dimana pergerakan penurunan harga ke dalam 30 ketika dihadkan oleh garis arah aliran menurun. Kekukuhan urusniaga harian yang berterusan dan pasangan mata wang ini perlu meneruskan pergerakan ke arah sasaran penurunan harga pertama pada tahap 106.15 sebelum bergerak ke tahap yang lebih rendah lagi ke 105.70. Tahap rintangan utama berada di tahap 107.20.
Sebagai alternatif, jika harga bergerak ke arah yang bertentangan, kedudukan beli dianjurkan berada di atas tahap 107.85 dengan sasaran 108.20.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga semasa di atas titik pangsi menunjukkan kedudukan kenaikan harga, sementara harga di bawah titik pangsi merupakan isyarat untuk kedudukan jual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan, dan garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk masuk dan keluar perdagangan.
Strategi: JUAL, stop loss pada 107.20, take profit pada 106.15.
Tahap rintangan: 107.90, 108.50, dan 108.85
Tahap sokongan: 106.15, 105.70, dan 105.20.
