logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 20 Februari, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 20 Februari, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 20 Februari, 2018

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga. Walaupun pasangan mata wang ini menyaksikan penarikan semula harga semasa dari tahap 0.9320 (tahap tinggi 19 Februari), harga masih disokong oleh kenaikkan Moving Average (MA) 50. Indeks kekuatan relatif kekal berada di atas paras neutral 50. Potensi penurunan harga harus dihadkan oleh sokongan utama yang terletak pada tahap 0.9280.

Oleh yang demikian, selagi harga tidak menembusi pada tahap utama ini, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kenaikan harga baru dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 0.9385 dan 0.9410.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 0.9280, dan take profit pada tahap 0.9385.

Tahap Rintangan: 0.9385, 0.9410, dan 0.9465

Tahap Sokongan: 0.9260, 0.9230, dan 0.9200.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan