logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 21 Februari, 2018

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 21 Februari, 2018

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 21 Februari, 2018

Gambaran Keseluruhan:

  • Pasangan mata wang NZD/USD meneruskan dagangan dalam aliran menaik dari tahap 0.7370. Minggu lalu, pasangan mata wang ini telah menyaksikan lonjakan menaik dari tahap 0.7370 (pangsi) ke tahap yang lebih tinggi sekitar 0.7436. Walau bagaimanapun, aliran harga menjunam semula ke tahap 0.7370. Hari ini, tahap sokongan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7314, dan diikuti oleh tahap 0.7285, manakala rintangan harian berada pada tahap 0.7360. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini masih diniagakan di antara tahap 0.7314 dan 0.7394. Oleh itu, kami menjangka julat dagangan 80 pips dalam beberapa jam yang akan datang. Ini akan mencadangkan pasaran kenaikan harga sebagaimana indikator RSI masih berada di kawasan positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pembalikan harga. Selain itu, jika harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 0.7360, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meningkat ke arah rintangan kedua (0.7374) untuk menguji. Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 0.7314, maka senario ini akan menjadi tidak sah atau terbatal. Anda diingatkan untuk menetapkan pesanan stop loss; ia sepatutnya ditetapkan di bawah sokongan kedua iaitu pada tahap 0.7261.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan