
Gambaran keseluruhan
Emas berada di bawah tekanan negatif yang kuat pada petang semalam untuk menutup pada tahap 1,316.48. Sila ambil perhatian bahawa harga mendapat sokongan yang kuat pada tahap ini, didorong oleh stokastik yang positif. Selain itu, EMA50 memberikan tekanan negatif yang berpotensi untuk mendorong harga menembusi tahap yang disebutkan dan melanjutkan gelombang penurunan harga dalam dagangan jangka pendek. Oleh yang demikian, kita perlu mendapatkan isyarat yang lebih jelas untuk aliran harga yang seterusnya, di mana harga berkemungkinan besar akan mendapat sokongan pada tahap 1,316.48 atau menembusi tahap rintangan 1,321.50. Perlu diingatkan bahawa penembusan harga pada tahap sokongan yang disebutkan ini akan mendorong harga untuk mensasarkan pergerakkan ke tahap 1,301.20 sebagai stesen yang seterusnya. Walau bagaimanapun, penembusan harga pada tahap rintangan ini akan membawa harga untuk memulakan percubaan pemulihan harga, sasaran utama bermula dengan ujian harga pada tahap 1,335.40. Julat dagangan yang diramalkan untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan 1,300.00 dan tahap rintangan 1,335.00.
