USD/JPY
Pasangan mata wang USD/JPY ini diniagakan mendatar pada Isnin hingga Khamis dan harga kemudian mula melemah (untuk meletakkan lebih banyak penekanan terhadap aliran penurunan harga di pasaran). Harga telah berada di bawah tahap bekalan 106.50, dan 106.00; dan ia berkemungkinan besar akan menguji tahap permintaan yang terletak pada tahap 105.50, menembusi ke tahap yang lebih rendah sebagaimana pasangan mata wang ini mensasarkan pergerakkan ke tahap permintaan seterusnya pada 105.00.

Pada masa ini, terdapat Corak Pengesahan Penurunan Harga pada carta 4-jam, yang menunjukkan kesinambungan pergerakan penurunan harga yang lebih rendah. Sebaliknya, pembalikan harga yang kuat boleh berlaku, yang akan memberikan ancaman kepada aliran penurunan harga semasa.
