logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 26 Mac, 2018

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 26 Mac, 2018

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 26 Mac, 2018

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan prospek penurunan harga. Pasangan mata wang ini dilihat masih menguji sokongan segera (sasaran penurunan pertama) yang terletak pada tahap 104.60, sementara pergerakkan harga dihadkan oleh kedua-dua Moving Average (MA) 20 dan 50. Indeks kekuatan relatif masih belum meningkat ke paras neutral 50, sekaligus menandakan bahawa pasangan mata wang USD/JPY ini kekurangan momentum menaik. Rintangan utama didapati terletak pada tahap 105.55. Selagi harga tidak menembusi pada tahap rintangan utama ini, penurunan harga akan kekal mendominasi pasaran, dan pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan menembusi tahap 104.60 untuk bergerak lebih rendah menuju ke arah tahap 104.25.

Penjelasan Carta:

Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MENJUAL, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 105.55, dan take profit pada tahap 104.60

Tahap Rintangan: 105.85, 106.25, dan 106.60

Tahap Sokongan: 104.60, 104.25, dan 104.00.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan