EUR/JPY
Isyarat pergerakan kenaikan harga (isyarat "beli") telah dijana pada pasangan mata wang ini. Pergerakan harga berlaku secara besar-besaran semalam, dimana pergerakan kenaikan harga daripada zon permintaan pada 129.50, dan mencecah ke zon bekalan pada 131.50. Pergerakan harga pada minggu ini adalah lebih daripada 200 pip. Gerakan ke arah atas akan dijangka pada minggu ini, dan zon bekalan pada 132.00 dan 132.50 tidak lama lagi akan dicapai.

Corak Pengesahan Kenaikan harga telah dijana di pasaran, dan ia akan menjadi semakin penting kerana harga bergerak lebih tinggi dan lebih tinggi. Panarikan semula harga boleh menjadi rendah kerana pergerakan kenaikan harga sedang dikawal.
