
Gambaran Keseluruhan
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan memulakan dagangan hari ini dengan kenaikkan harga yang jelas untuk menembusi tahap 105.54 dan menutup di atasnya. Oleh yang demikian, kami ingin menasihatkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati semasa menjalankan aktiviti dagangan yang seterusnya sebagaimana rali kenaikan harga yang lebih tinggi dan penembusan harga pada tahap 106.05 akan menghentikan keseluruhan senario negatif dan membawa harga untuk diniagakan lebih tinggi. Kini, kami bergantung kepada penutupan harian di bawah tahap 105.54 untuk mengekalkan kecenderungan penurunan harga keseluruhan kami, disokong oleh tekanan negatif yang dibentuk oleh EMA50. Selain itu, stochastic negatif kelihatan jelas pada carta empat jam dan kami menunggu untuk harga bergerak menuju ke arah tahap 104.60, dan diikuti oleh tahap 103.20 sebagai tahap harga utama yang paling hampir. Julat dagangan yang dijangkakan untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan 104.60 dan tahap rintangan 106.30.
