USD/CHF
Terdapat isyarat kenaikan harga yang kuat pada pasangan mata wang USD/CHF, yang susulan daripada pengukuhan harga baru-baru ini di pasaran. Harga telah melonjak naik hampir 120 pips, selepas ia menguji sokongan yang terletak pada tahap 0.9450. Di atas tahap sokongan 0.9550, harga berkemungkinan besar akan bergerak menuju ke arah tahap rintangan 0.9600, penembusan harga pada tahap rintangan ini akan membolehkan harga meneruskan dagangan dalam aliran menaik, sebagaimana harga mensasarkan pergerakkan ke arah tahap rintangan 0.9650.

EMA 11 dilihat telah melintasi EMA 56 ke tahap harga yang lebih tinggi dan tempoh Julat% Williams 20 berada di rantau 'overbought'. Terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan Harga pada carta 4-jam dan ia diramalkan akan menjadi lebih jelas kerana harga kini sedang diniagakan lebih tinggi.
