logo

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 03 April, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 03 April, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 03 April, 2018

Tinjauan Bulanan

Pada Januari 2015, pasangan mata wang EUR/USD ini bergerak di bawah tahap permintaan utama berhampiran 1.2050-1.2100 (beberapa bahagian bawah sebelumnya yang ditetapkan pada Julai 2012 dan Jun 2010). Oleh itu, sasaran penurunan jangka panjang dijangkakan ke arah tahap 0.9450.

Pada Mac 2015, penurunan harga EUR/USD telah menguji tahap permintaan bulanan sekitar tahap 1.0500, yang sebelum ini telah dicapai pada Ogos 1997.

Untuk dagangan jangka panjang, tahap 0.9450 kekal sebagai sasaran yang diunjurkan jika graflilin bulanan menembusi penutupan penurunan harga di bawah tahap permintaan bulanan yang digambarkan pada 1.0500.

Walau bagaimanapun, pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat telah terperangkap dalam julat pengukuhan harga yang digambarkan (1.0500-1.1450) sehingga penembusan aliran menaik semasa dilaksanakan di atas tahap 1.1450 dan semasa di atas tahap 1.2075.

Satu lagi penembusan aliran menaik di atas tahap 1.2250 telah dinyatakan pada carta. Ini menghalang momentum penurunan harga sekaligus membolehkan aliran kenaikan harga meningkat menuju ke arah 1.2750 dengan syarat tahap 1.2250 masih dilindungi oleh aliran menaik.

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 03 April, 2018

Tinjauan Harian

Pasangan mata wang EUR/USD ini masih terperangkap di antara tahap harga 1.2500 dan 1.2200 sehinggalah berlaku penembusan harga bagi sebarang arah pergerakan harga sama ada menaik atau menurun.

Ketahanan harian di atas tahap 1.2470-1.2500 diperlukan untuk mengesahkan corak "flag" kenaikan harga baru-baru ini dengan sasaran harga yang diunjurkan sekitar tahap harga 1.2750.

Walau bagaimanapun, tanda-tanda pembalikan penurunan harga yang ditunjukkan di sekitar tahap harga 1.2400 (pergerakan aliran menaik yang digambarkan sebelum ini). Ini dimanifestasikan pada graf lilin harian yang menurun pada 8 Mac.

Oleh itu, pasangan mata wang EUR/USD kekal melakukan pergerakan menurun di bawah paras harga 1.2400 kecuali penembusan kenaikkan harga harian yang jelas ditawarkan disekitar tahap 1.2300.

Selain itu, corak pembalikan 'double top' yang digambarkan memerlukan penembusan aliran menurun untuk membolehkan harga mencapai tahap 1.2200 pada carta harian. Sasaran unjuran akan diletakkan di sekitar tahap 1.2070-1.1990.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan