
Gambaran Keseluruhan:
Titik pangsi dilihat terletak pada tahap 0.7227.
Pasangan mata wang NZD/USD meneruskan dagangan menaik dari tahap 0.7209. Pasangan mata wang ini melonjak dari tahap 0.7209 ke tahap tinggi sekitar 0.7245.
Hari ini, tahap sokongan pertama dilihat terletak pada 0.7209, dan diikuti oleh tahap 0.7187, manakala rintangan harian berada pada tahap 0.7270. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini masih bergerak di antara tahap 0.7227 dan 0.7302; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan 75 pips dalam bberapa jam yang akan datang.
Ini akan mencadangkan pasaran kenaikan harga sebagaimana indikator RSI masih berada di wilayah positif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pembalikan harga.
Selain itu, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama 0.7270, maka adalah diramalkan bahawa pasangan mata wang ini akan meningkat sehingga mencapai 'double top' (0.7302) untuk mengujinya.
Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 0.7209, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal. Adalah penting untuk menetapkan pesanan stop loss; ia harus ditetapkan di bawah sokongan kedua, iaitu pada tahap 0.7180.
