logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 10 Julai, 2018

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 10 Julai, 2018

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 10 Julai, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan pergerakkan menurun dari tahap 1.1785. Semalam, pasangan mata wang ini jatuh dari tahap 1.1785 menghampiri ke bahagian bawah sekitar tahap 1.1705. Hari ini, tahap sokongan pertama dilihat terletak pada 1.1694, harga sedang bergerak dalam saluran penurunan harga sekarang. Selain itu, harga telah ditetapkan di bawah rintangan yang kuat pada tahap 1.1752, yang bertepatan dengan Fibonacci 50%. Rintangan ini telah ditolak sebanyak beberapa kali sekaligus mengesahkan aliran menurun. Di samping itu, RSI mula menandakan aliran menurun. Oleh yang demikian, jika pasangan mata wang EUR/USD ini mampu menembus sokongan pertama pada tahap 1.1694, pasaran akan meneruskan pergerakkan menurun ke tahap 1.1623 untuk menguji sokongan mingguan 2. Akibatnya, pasaran berkemungkinan akan menunjukkan tanda-tanda aliran menurun. Oleh itu, ia adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.1752 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.1663 dan seterusnya ke tahap 1.1566. Walau bagaimanapun, pesanan stop loss harus diletakkan di atas tahap 1.1810.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan