logo

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/AUD untuk 10 Julai, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/AUD untuk 10 Julai, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/AUD untuk 10 Julai, 2018

Pada April, pasangan mata wang EUR/AUD menunjukkan pergerakan penurunan harga yang ketara di antara tahap harga 1.6110 hingga 1.5280.

Sejak 6 Jun, pasangan mata wang ini telah meningkat di atas aliran menaik yang digambarkan pada carta 4H. Pergerakan kenaikkan harga ini dinyatakan sekitar tahap 1.5280.

Baru-baru ini, tekanan menurun yang jelas telah dimulakan sekitar tahap 1.5880. Ini membawa kepada penembusan penurunan harga dari aliran menaik yang digambarkan yang membolehkan penurunan harga semasa berlaku ke arah tahap 1.5710.

Sila ambil perhatian bahawa zon harga 1.5750-1.5650 merupakan zon permintaan ketara, sejajar dengan pengukuhan harga sebelumnya pada Februari 2018.

Penutupan garflilin harian di bawah tahap 1.5750 (Fibonacci 38.2%) telah mendorong harga untuk meneruskan pergerakkan menurun ke arah tahap 1.5650-1.5580 (hampir Fibonacci 50% ) di mana penolakan menaik dan kemasukan pesanan MEMBELI yang sah harus dijangkakan.

Sebaliknya, pengukuhan harga semula di atas tahap 1.5750 telah meningkatkan momentum menaik ke arah tahap tinggi semasa sekitar 1.5800.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan