logo

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan NZD/USD untuk 11 Julai, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan NZD/USD untuk 11 Julai, 2018

Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan NZD/USD untuk 11 Julai, 2018

Pasangan mata wang NZD/USD ini telah terperangkap di antara tahap harga 0.7170 dan 0.7350 sehingga penembusan penurunan harga 0.7200 berlaku pada 23 April lalu.

Penembusan harga pada tahap 0.7220-0.7170 (zon neckline) diperlukan untuk mengesahkan corak pembalikan harga yang digambarkan. Tahap sasaran menurun berhampiran 0.7050 dan 0.7000 telah dicapai.

Tahap harga 0.7050 dianggap sebagai tahap utama untuk penurunan pasangan mata wang NZD/USD. Itulah sebabnya kegigihan penurunan harga di bawah tahap 0.7050 membenarkan penurunan harga yang lebih rendah berlaku ke arah tahap harga sekitar tahap 0.6800.

Seperti yang dijangkakan, penarikan semula menaik baru-baru ini ke arah tahap 0.7050 (Penembusan Tahap Permintaan) telah menawarkan peluang mengambil pesanan MENJUAL yang sah.

Penurunan harga ketara berlaku ke tahap 0.6800. Ini membolehkan pergerakan menurun sementara berlaku ke arah tahap 0.6680. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini gagal mengekalkan momentum penurunan harga yang mencukupi.

Sebaliknya, tanda-tanda penolakan kenaikkan harga telah mendorong pasangan mata wang NZD/USD ini untuk diniagakan di atas tahap 0.6820 sekali lagi.

Cadangan Perdagangan:

Pada masa ini, zon harga 0.6780-0.6820 merupakan zon permintaan ketara untuk diperhatikan bagi kemasukan pesanan MEMBELI dengan sasaran kenaikan harga yang berpotensi terletak di sekitar tahap 0.6900-0.6980.

Para pedagang dinasihatkan agar berhati-hati sekiranya berlaku penembusan harga di bawah tahap 0.6750 kerana ini akan membatalkan senario kenaikkan harga sebelumnya.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan