
Berdasarkan kepada carta 4-jam, kita melihat bahawa emas telah melakukan pergerakkan menurun selepas menembusi tahap sokongan utama pada $1,240.73. Pada masa yang sama, Stochastic Oscillator telah memasuki ke kawasan 'oversold'. Sekarang, harga seolah-olah meningkat lebih tinggi untuk membuat pembetulan harga sebagai keperluan untuk trend jelas sebelum harga menyambung semula pergerakkan menurun. Emas cenderung untuk menguji di antara Moving Average (MA) 21. Jika tidak, kita akan melihat saluran menaik codong atau kembali ke Zon SBR (Sokongan yang telah bertukar menjadi Rintangan) 1260.52 - 1269.87. Selagi emas tidak menembusi dan menutup di atas tahap $1,269.87, emas berkemungkinan besar akan meneruskan kecenderungan aliran menurun sebelumnya.
(Disclaimer)
